Silat Batin


Silat Batin





Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Ok, da banyak da topik pasal ni. Pasal silat bathin ni. Jadi, apa yang pak cik bagi ni adalah nak memperkayakan lagi dan menunjukkan betapa banyaknya ilmu ALLAH yang luas dan tak bertepi ni
1. Duduk bersila
2. Angkat kedua belah tangan ke hadapan, paras dada
(seperti orang sedang berdo’a)
3. kendurkan tangan anda.
4. mata dipejamkan dan mulut ditutup rapat.
5. baca niat ” Ya Allah, bangkitkanlah tenaga dalam dan
tenaga bathin hamba”. Ya Allah, aku minta jurus …(sebutkan
jurus yang dikehendaki)
6. Tarik nafas panjang melalui hidung dan tahan didada.
7. Ketika menarik nafas, bayangkan adanya hawa panas masuk
ketengah kedua telapak tangan, seterusnya menuju ke lengan dan
terus kedada. Apabila nafas ditahan. Wiridkan ” YA ALLAH”dan
keluarkan nafas secara perlahan-lahan melalui hidung,
dengan membayangkan adanya hawa panas keluar melalui dada,
seterusnya ke lengan dan kedua telapak tangan.
8. Disaat aliran hawa tersebut, tangan anda akan terasa
pergerakan sehingga menari-nari dan membentuk jurus yang
dikehendaki.
p/s: Pernafasan yang teratur dan konsentrasi yang tinggi
adalah diperlukan. Buat permulaan, Lakukan latihan ini selama
2 minggu berturut-turut, selama 30 minit. Semakin lama berlatih
semakin tinggi kepekaan bathin anda.
Jika berada dalam situasi terdesak, cukup niatkan sahaja
jurus yang dikehendaki, Maka jurus akan bangkit dengan
cepat dan dapat membantu dalam perlawanan.
Semoga sama2 kita akn mendapat apa yang kita cari ya :D

Komentar

Postingan Populer